ULASAN PARALIMPIK PARIS 2024 | Ramai mengetahui singkatan OKU iaitu ‘Orang Kurang Upaya’ atau difinasi baharunya ‘Orang Kelainan Upaya’ juga dimaksudkan sebagai ‘Insan Istimewa’. Namun bagi atlet Para Negara yang menjulang nama Malaysia di pentas dunia adalah Insan yang paling luar biasa dan terhebat di dunia.
Keunikan dan keistimewaan Sukan Paralimpik ini bukan sekadar suatu pertandingan sebaliknya ia temasya bagi meraikan tekad dan semangat kemanusiaan melalui kesungguhan dan kepayahan membuktikan keupayaan dari insan teristimewa ini amatlah luar biasa dengan kisah tentang cabaran dan pengorbanan yang tidak dapat digambarkan.
Kontinjen Paralimpik negara menyenaraikan hampir 30 atlet dari lapan jenis sukan yang telah layak dan antara kontinjen terbesar ke Paris kali ini, berbanding Tokyo 2020 iaitu seramai 22 atlet negara melayakkan diri dalam sembilan jenis sukan dan berjaya membawa pulang tiga emas dan dua perak.
Bagi edisi kali ini, skuad paralimpik meletakkan sasaran untuk menuai empat pingat emas sekali gus memperbaiki pencapaian tiga emas pada edisi di Tokyo tiga tahun lalu.
Sasaran emas diletakkan ke arah juara-juara terdahulu, Datuk Abdul Latif Romly (lompat jauh), Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru), Cheah Liek Hou (badminton) dan Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting).
Menurut Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin berkata, seramai 29 atlet dan seorang lagi atlet negara sedang menanti lampu hijau untuk mengukir sejarah di bumi Perancis.
“Sasaran kita di Paris tetap sama iaitu empat pingat emas. Jika kita lihat ada potensi untuk tambah lagi kilauan emas, kita akan maklumkan kemudian di sana nanti.
“Antara sukan kita jangka mampu jelmakan pingat emas menerusi olahraga, badminton dan juga powerlifting. Ini antara sukan yang kita jangka mampu melakukan kejutan,” katanya.
Selain sandaran dan harapan mengekalkan pingat emas menerusi lompat jauh, badminton dan lontar peluru, powerlifting antara sasaran pingat baharu serta pemecah rekod temasya yang diharapkan jika kena dengan strategi digarapkan.
Harapan itu dijelaskan oleh Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik Paris 2024, Datuk R Subramaniam, antara strategi dimaksudkannya termasuk percubaan memecahkan rekod temasya ataupun dunia pada saingan berlangsung di Porte de La Chapelle Arena dari 4 hingga 8 September ini.
Subramaniam menegaskan langkah sedemikian perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku sekali gus menyaksikan pingat hilang dari genggaman mereka.
“Jurulatih tahu berapa berat perlu diangkat, tetapi perkara paling penting ialah mendapatkan pingat dahulu, selepas itu baru cuba pecah rekod yang merupakan satu bonus.
Jurulatih tahu berapa berat perlu diangkat, tetapi perkara paling penting ialah mendapatkan pingat dahulu, selepas itu baru cuba pecah rekod yang merupakan satu bonus.
Sebelum ini ada atlet tewas dengan perbezaan 1 kilogram (kg) sahaja, jadi anda perlu pastikan dengan merancangnya sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan akhir kem powerlifting kebangsaan.
Bukan mudah untuk mengapai kemenangan tanpa tekad dan kesungguhan namun ianya lebih sukar dan mencabar untuk mengekalkan kemenangan yang telah tercapai itu.
Mengimbas pencapaian cemerlang memenangi emas oleh atlet badminton para Cheah Like Hou dalam acara Perseorangan Lelaki SU5 lelaki (kecacatan fizikal), Bonnie Bunyau Gustin melalui acara powerlifting ketegori lightweigh 72kg lelaki (ketinggian rendah) dan Abdul Latif Romly melalui acara lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran) pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 lalu sebagai lipatan sejarah negara dan kini mereka tekad memahat rekod baharu bagi mengekalkannya.
Selain tiga penyandang juara kejohanan terbesar itu prospek kilauan pingat kini tertumpu kepada atlet paralimpik negara khususnya buat Muhammad Ziyad Zolkefli melalui acara lontar peluru F20 lelaki (masalah pembelajaran) sekali gus menebus kekecewaan pada temasya yang lalu.
Begitupun dalam senarai akhir dari lapan acara sukan berbeza yang layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024 berada dalam kelasnya tersendiri, mereka terdiri daripada Muhammad Nazmi Nasri, Jonathon Wong Kar Gee, Eddy Bernard dan Muhammad Ammar Aiman dalam acara olahraga; Suresh Selvatamby, Nur Jannaton dan Daneshen Govinda Rajan (memanah); Abdul Razzaq Abdul Rahman, Noor Askuzaimey Mat Salim dan Lee Chee Hoong (boccia); Nicodemus Manggoi Moses dan Jong Yee Kee (powerlifting); manakala dalam acara badminton yang turut serta adalah Mhd Amin Burhanuddin, Muhammad Fareez Anuar, Muhammad Ikhwan Ramli dan Noor Azwan Noorlan; dalam acara renang juga turut menyenaraikan Aiman dan Nur Saiful.
Selain olahraga skuad berbasikal paralimpik juga turut menyenaraikan enam atlet mereka iaitu Mohamad Yusuf Hafizi Shaharuddin, Muhammad Adi Raimie, Nur Suraiya Muhamad Zamri, Farina Shawati Mohd Adnan, Nur Azlia Syafinaz dan Nurul Suhada Zainal.
Manakala dua atlet lagi telah mengesahkan tempat mereka disaat akhir ke kejohanan tertua itu adalah Muhamad Yusshazwan Yusuff dan Abu samah atlet tenis kerusi roda.

Senarai ini dijangkakan mampu memberi kejutan bagi menambah koleksi pingat emas buat negara dari beberapa acara sukan setelah mengambil kira persiapan mantap dijalani atlet menjelang Paris 2024.
Kontinjen paralimpik negara bersedia memulakan perjuangan mereka di Sukan Paralimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai bermula 28 Ogos hingga 8 September ini dengan misi memburu sebanyak mungkin kilauan emas dibawa pulang ke tanah air.
Prospek pingat menjadi sandaran buat semua atlet namun kilauan emas sasaran utama bagi mengapai impian, lebih membanggakan apabila mengekalkan emas selaku juara adalah amat luar biasa dari yang teristimewa ‘Demi Malaysia’.
Seperti mana gelombang pandemik Covid-19 merubah rencam ragam dan norma baharu buat manusia sejagat harapannya jua kepada atlet negara membuktikan sesuatu agar mampu mengegar dunia pada temasya itu nanti. **MNMA**CSNSportstalk
