Kelana Jaya, 13 Sept 2025
Selangor FC melangkah ke pusingan suku akhir Piala FA 2025 menerusi agregat 12-1. Membawa bekalan 1-3 dari perlawanan pertama
pusingan 16, Selangor FC yang turun sebagai tuan rumah memperolehi gol pertama pada minit ke 11 dari satu sepakan sudut yang
diambil oleh kapten Faisal Halim yang ditanduk kemas Kevin Deeromram sama sekali gagal disekat oleh penjaga gol Malaysian University.

Penguasaan jelas milik Selangor FC apabila 9 minit selepas itu, Selangor Fc menggandakan jaringan hasil dari tolakan mudah
Quentin Cheng yang mendapat umpanan dari Chrigor Moraes. Chrigor Moraes meletakkan nama nya dalam senarai penjaring gol apabila
menanduk tajam ke penjuru kiri gol hasil dari hantaran Kevin Deeromram di minit-minit akhir babak pertama, menyaksikan Selangor FC
selesa 3-0 di depan.

Bermula babak ke dua, sekali lagi Selangor FC menguasai perlawanan dan seawal minit 47 Selangor FC berjaya menambah jaringan gol,
kali ini dari cubaan cantik Kevin Deeromram yang mendapat umpanan Alvin Fortes. Hasil dari satu serangan balas, gerakan dari Faisal Halim,
mencari Chrigor Moraes yang pantas melorongkan kepada Alvin Fortes untuk menolak masuk ke pintu gol yang sudah terngaga. Menjadikan
Selangor FC mendahului perlawanan 5-0. Selangor FC terus berpesta gol apabila Zach Clough berjaya mendapat gol pertamanya di bumi Malaysia
setelah dengan tenang menyudahkan hantaran daripada Chrigor Moraes.

Chrigor Moraes menambah gol peribadi keduanya dalam perlawanan ini dengan menyudahkan hantaran dari Faisal Halim pada minit ke 76. Pada minit ke 80, Chrigor Moraes melengkapkan malam gemilang beliau apabila menjaringkan gol ke tiga dalam perlawanan ini apabila cubaan dari Alif Izwan gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol muntah betul-betul di depan Chrigor Moraes yang tenang menewaskan penjaga gol Malaysian University itu. Hatrik ke dua Chrigor Moraes pada musim ini. Zikri Khalili menutup malam pesta Selangor FC apabila berjaya menjaringkan gol di hujung masa kecederaan babak ke dua.

Keputusan 9-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan dan Selangor FC layak ke pusingan seterusnya untuk bertemu dengan
Negeri Sembilan FC di peringkat suku akhir pada 17 Okt dan 28 Okt nanti. Negeri Sembilan FC terlebih dahulu akan menjadi pasukan
tuan rumah pada perlawanan pertama.
Gambar – Amin CSN
Berita – Ortega CSN
CSN Sportstalk
