You are currently viewing ABDUL LATIF ROMLY TERLEPAS EMAS KETIKA TERBANG TINGGI DIRAGUT ‘ATLET NEUTRAL PARALIMPIK’ 

ABDUL LATIF ROMLY TERLEPAS EMAS KETIKA TERBANG TINGGI DIRAGUT ‘ATLET NEUTRAL PARALIMPIK’ 

PARIS: JAGOAN lompat jauh negara, Datuk Abdul Latif Romly terlepas emas ketiga buat kontinjen negara malah terlepas koleksi kilauan pingat emas ketiga berturut-turutnya di temasya terulung empat tahun sekali itu, di sini hari ini.

Lompatan akhir Matvei Iakushev yang bertanding atas tiket Atlet Paralimpik Neutral dengan catatan 7.51 meter (m) mengecewakan Latif Romly yang sebelum itu seakan mempertahankan emasnya dengan catatan terbaik 7.45m pada percubaan ketiga. 

Pada aksi di Stadium Stade De France, pemenang pingat emas dua kali Sukan Paralimpik 2016 dan 2020 itu, melakukan lompatan terbaiknya pada percubaan keempat dengan 7.45 meter (m), selepas melakukan 7.43m pada percubaan kedua bagi acara lompat jauh lelaki T20 (kecacatan fizikal) disambar oleh ‘Atlet neutral Paralimpk’.

Iakushev sebelum ini mempunyai catatan musim terbaik dengan melakukan 7.41m pada satu kejohanan di Yekaterinburg, Rusia pada Jun manakala Latif Romly pula berada di tempat kedua dengan catatan 7.30m ketika merangkul emas Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun, Mei lalu.

Selepas berjaya melengkapkan tiga lompatan awal, prestasi Latif sedikit terjejas dengan tiga percubaan akhirnya dibatalkan.

Juara dunia empat kali itu bagaimanapun yakin lompatan kelimanya melangkaui 7.50m dan ke atas sekiranya tidak dibatalkan.

Sementara itu, pingat gangsa diraih wakil Colombia, Jhon Sebastian Obando Asprilla, yang melakukan lompatan 7.38m yang hadir pada percubaan keduanya.

Bagaimanapun, atlet berusia 27 tahun itu gagal mengekalkan rentaknya apabila baki tiga percubaan akhirnya dibatalkan sekali gus menyaksikan Iakushev merampas emas dimenanginya sejak Rio 2016 dan Tokyo 2020.

Pencapaian Latif Romly hari ini menyaksikan Malaysia menambah satu lagi perak selepas rakan sepasukannya, Muhammad Ziyad Zolkefli menghadiahkan perak dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual).

Justeru, tamparan hebat buat anak jati kelahiran Kangar, Perlis itu untuk bangkit kembali selepas ini biarpun gagal mengekalkan emas malah untuk memecahkan rekod dunianya sendiri di Paris namun reputasinya sebagai atlet terbaik dunia dalam acara itu tetap digeruni.    

Biarpun terlepas mencipta hetrik di pentas paralimpik kali ini namun beliau sudah menakluki peringkat Asia sebanyak tiga kali berturut-turut menerusi kejayaan memenangi emas di Sukan Para Asia pada edisi 2014 di Incheon, 2018 di Jakarta dan di Huangzhou, tahun lalu amat membanggakan. 

Prospek pingat menjadi sandaran buat semua atlet namun kilauan emas sasaran utama mengapai impian, lebih membanggakan apabila mengekalkan emas selaku juara amat luar biasa dari yang teristimewa ‘Demi Malaysia’.

Kejayaan Latif itu merupakan kutipan pingat perak kedua buat negara, selepas Ziyad Zolkepli dalam acara lontar peluru lelaki (F20) manakala satu pingat Perak dan gangsa menerusi dan Eddy Bernard acara 100 meter(m) lelaki T44, kilauan pingat emas berjaya dituai oleh Cheah Liek Hou dalam acara badminton perseorangan lelaki (SU5) dan jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin. **MNMA-CSNSportstalk