PARIS: ‘Lontaran Emas’ yang diidamkan oleh Ziyad bagi misi beliau mengenggam emas kembali menjadi miliknya tidak kesampian tanpa berdrama, yang pasti cabaran dan tekanan diberikan pada seterunya Yarovyi dari Ukrain memadai mengubati luka lamanya.
Lontaran sejauh 17.18 meter (m) oleh Ziyad itu bukanlah lemparan yang terbaik malah menyaksikan beliau gagal memperbaiki rekod Asia miliknya sendiri iaitu 17.43m namun lontaran tersebut gagal dipintas oleh rakan senegara Yarovyi, Koval hanya 16.99m.

Jagoan lontar peluru negara itu hanya mampu meraih pingat perak biarpun memberi cabaran kepada pemegaang rekod baharu temasya iaitu 17.61m oleh Oleksandr Yarovyi dari Ukrain manakala rakan senegaranya Maksym Koval membawa pulang gangsa dalam acara lontar peluru lelaki F20 (masalah intelektual).
Pemenang pingat emas Paralimpik 2016 itu dalam masa sama, penyumbang pingat perak pertama negara malahmembuktikan beliau sudah melupakan kontroversi di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 apabila berjaya mengenggam kembali pingat dalam temasya berprestij tersebut.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Stade De France, Juara Kejohanan Olahraga Para 2024 itu ternyata unggul, selepas melakukan balingan sejauh 17.18 meter (m) pada percubaan keempatnya, biarpun rekod terbaharu kejohanan berjaya dipecahkan oleh seterunya dari Ukrain tanpa mampu dicabar wakil lain.

Saingan di Paris 2024 ini seolah menjadi medan “lepas geram” buat Muhammad Ziyad Zulkefli untuk merampas emas selepas dinafikan pingat itu pada edisi Tokyo 2020 gara-gara lewat melapor diri di bilik menunggu sebelum pertandingan berlangsung.
Atlet berusia 34 tahun itu diklasifikasikan sebagai Did Not Start (DNS) atau tidak memulakan saingan susulan protes dilakukan terhadapnya oleh pasukan Ukraine yang mendakwa jaguh lontar peluru itu lewat melapor diri di bilik menunggu sebelum pertandingan berlangsung.
Atlet kelahiran Selangor itu sebelum ini menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 (kecatatan intelektual) di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun dengan mencatatkan lontaran sejauh 17.43m.

Lebih manis, lontaran di Kobe Universiade Memorial Stadium menyaksikan beliau memperbaiki rekod Asia miliknya sendiri iaitu 17.29m pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.
Sebagai rekod penyertaan Ziyad pada Paralimpik Rio 2016 sebelum ini menyaksikan beliau mencatat balingan sejauh 16.84m untuk membawa pulang pingat emas buat Malaysia.
Namun kontroversi pada Tokyo 2022 menyaksikan atlet Ukraine, Maksym Koval diumum sebagai pemenang emas dengan lontaran 17.34m sekali gus memecahkan rekod dunia milik Muhammad Ziyad iaitu 17.29m yang dilakukan di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.
Perjalanan yang penuh berliku itulah membuahkan hasil yang cukup ranum buat Ziyad kembali menemui rentak dalam kelasnya tersendiri sekali gus menutup kisah drama lalu dengan klimak kegemilangan buat penonton melonjak kegembiraan tentang sumbangannya buat negara. **MNMA-CSNSportstalk
