Piala FA: Selangor Atasi Sabah 2-1, Mara Ke Suku Akhir Dengan Agregat 4-3
PETALING JAYA — Selangor FC mengesahkan tempat ke pusingan suku akhir Piala FA 2026/2027 selepas mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Sabah FC dalam aksi timbal balik pusingan 16 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Kejayaan itu membolehkan skuad Gergasi Merah mara dengan kelebihan agregat 4-3, selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada aksi pusingan pertama di Stadium Likas sebelum ini.

Perlawanan dilangsungkan dalam suasana sunyi tanpa kehadiran penonton di stadium ekoran hukuman yang perlu dijalani oleh Selangor FC. Sabah FC memberikan saingan sengit sepanjang 90 minit permainan untuk memburu jaringan, namun pertahanan Selangor kekal berwaspada mengekang asakan pelawat.

Gol aksi kedua di Petaling Jaya ini dijaringkan oleh Eduardo Sosa pada minit ke 36 separuh masa pertama hasil dari cubaan terus kaki kiri yang gagal diselamatkan penjaga gol. Sabah FC terus mengasak ke kubu Selangor Fc sebaik sahaja permainan bersambung pada searuh masa kedua dan berjaya menyamakan kedudukan 4 minit selepas itu melalui pemain import mereka Park Jung-bin.

Selangor Fc tidak menunggu lama untuk kembali di hadapan apabila Eduardo Sosa dikasari di dalam kotak penalti pada minit 50. Sepakan penalti yang diambil oleh Chrigor Moraes berjaya diselamatkan namun cubaan susulan beliau selepas itu berjaya menghasilkan gol. Kedudukan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan dan Selangor Fc berjaya melangkah ke pusingan suku ahkir Piala Fa 2026/2027.

Selangor FC akan bertandang ke Stadium Tunku Syed Putra, Perlis untuk aksi pertama peringkat suku akhir Piala Fa bertemu dengan Star City FC yang dijadualkan pada
20/9/2026.

Berita/Gambar : Ortega CSN