
Selangor FC melangkah ke final Piala Cabaran MFL selepas menang 1-0 ke atas Penang FC (agregat 2-0) dalam aksi separuh akhir kedua Piala Cabaran di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi. Penang FC yang ketinggalan dari segi agregat (0-1) pada perlawanan separuh akhir yang pertama sebelum ini, kerap melancarkan serangan ke gawang Selangor FC namun digagalkan oleh tindakan penyudah disamping kekebalan pemain pertahanan tuan rumah.

Gol tunggal Selangor FC hadir pada minit ke-65 hasil rembatan kaki kiri pemain import Alvin Fortes setelah menerima umpanan dari pemain tengah Nooa Laine.
Selangor FC akan bertemu PDRM FC di final yang akan dijalankan secara timbal balik pada 15 Februari dan 22 Februari ini selepas pasukan itu menyingkirkan Kedah Darul Aman (KDA) FC 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 4-4 secara agregat.
Sebahagian dari aksi perlawanan yang dirakam jurugambar CSN



Berita/Gambar – ORTEGA CSN
