Skip to main content

Kuching City Benam Phnom Penh Crown 3-0 Laman Sendiri

KUCHING, 26 Nov – Kuching City FC mempamerkan aksi cemerlang di laman sendiri apabila menundukkan wakil Kemboja, Phnom Penh Crown FC 3-0 dalam saingan peringkat kumpulan AFC Champions League Two (ACL Two) 2026/27 di Stadium Taha Ariffin, Petra Jaya.

Skuad bimbingan Aidil Shahrin Sahak turun memburu kemenangan penting di hadapan penyokong sendiri dan mengawal rentak permainan dengan tersusun sejak awal aksi, sambil menyaksikan penjaga gol Haziq Nazli turut memainkan peranan penting menepis ancaman pelawat

Selepas mencipta beberapa ancaman awal termasuk rembatan yang terkena tiang gol, Kuching City memecah kebuntuan menerusi Safawi Rasid pada minit pertama perlawanan yang menyudahkan gerakan pantas dengan placing kemas pada babak pertama.

Pada separuh masa kedua, percaturan pertukaran pemain oleh barisan kejurulatihan membuahkan hasil segera. Pemain gantian, Jerome Empakoi Tame, menjaringkan gol kedua pasukan pada minit ke-48 selepas menyambut umpanan Aidin Muyagic dengan sentuhan penyudah yang tepat.

Kemenangan bergaya The Cats kemudian dimuktamadkan oleh seorang lagi pemain gantian, Dylan Wenzel-Halls 4 minit baki perlawanan, yang bijak membuka ruang di sebelah kanan sebelum meledak jaringan ketiga untuk memastikan tiga mata penuh kekal di Bumi Kenyalang.

#ACLTwo #KuchingCityFC #PhnomPenhCrownFC #TheCats #FootballMalaysia #AsianFootball #csn #csnsportstalk

— CSNSPORTSTALK

Berita oleh: Hafiz Hassan | Gambar oleh: Alhafizh Fauzi

    Comments are closed

    © 2024-2026 CSN Media. All rights reserved.