ISKANDAR PUTERI, 1 Februri 2025: Aksi timbal balik separuh akhir Piala Malaysia edisi 2024/2025 berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim dengan misi JDT untuk mempertahankan kejuaraan yang dikecapi pada musim lalu dengan menewaskan pasukan yang sama Terengganu FC. Manakala Terengganu FC mengharapkan keajaiban berulang kembali dengan menewaskan JDT di SSI pada tahun 2021 pada aksi Liga Super.

Aksi seimbang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan dengan saling asak mengasak ke gawang gol pasukan lawan. Walaupun peluang terhidang di depan mata, penyerang JDT Bergson dan Obregon gagal mencetak nama selaku penjaring pada separuh masa pertama. Namun Heberty Fernandes berjaya menyudahkan umpanan tandukan Bergson setelah menerima hantaran silang dari Afiq Fazail pada minit ke-30. Terengganu FC hampir sahaja menyamakan kedudukan pada minit ke 33 apabila Nelson Bonilla gagal menjaringkan gol setelah gagal memanfaatkan keadaan kelam kabut di depan gawang JDT dengan Christian Abad sudah pun tertewas.

Gol penyamaan tiba pada minit ke-58 apabila Ismaheel Akinade menyudahkan hantaran silang Ubaidullah melalui “first-timer kick” dan terus menerjah ke gawang JDT menewaskan Christian Abad. Safwan Mazlan hampir mendapatkan gol kemenangan setelah umpanan Chukwu hanya singgah di tepi jaring gawang JDT. Umpanan Arif Aiman pada minit ke 64 gagal menemui sasaran oleh Obregon.

Pemain gantian, Corbin Ong hampir mencetak nama selaku penjaring setelah rembatan Jese Rodriguez gagal di capai oleh Corbin. Namun Heberty sekali lagi menggamatkan suasana stadium apabila percubaan di luar petak penalti gagal di selamatkan oleh Nasrulhaq pada minit akhir perlawanan.

#csnsportstalk #hagna #hagnacetak #pialamalaysia #ligamalaysia #astro #astroarena #rtm #puma #unifi #aeonbig #tobaki #posmalaysia #malaysiaairlines #bubbles #zuscoffee #jdt #terengganufc #jdtfc #alx #nike #footballmalaysia #malaysiafootballleague #IniLigaKita #DemiLigaKita
— CSNSPORTSTALK
Berita oleh: Najla Batrisyia | Gambar oleh: Hafiz Hassan/Fazli Ahmad
