18 Februari 2025, Iskandar Puteri: Johor Darul Ta’zim mencipta sejarah baru bola sepak Malaysia apabila menjadi pasukan pertama yang layak ke peringkat 16 pasukan terbaik Asia dalam AFC Championship League Elite setelah menewaskan juara AFC Champions League 2009 sekaligus menidakkan Pohang FC untuk layak ke pusingan seterusnya.

Pohang di hadapan apabila mendapat jaringan pertama pada minit ke-25 setelah Lee Jojae menanduk hantaran jauh Jorge Luiz lalu menewaskan Zubiaurre. Namun Oscar Aribas menyamakan kedudukan apabila tandukan Bergson yang di tepis Pyung Guk singgah di hadapan Aribas dan dengan tenang menyempurnakan jaringan penyamaan.

Aksi separuh masa kedua bertambah rancak apabila Pohang dikejutkan dengan jaringan dari penyerang sensasi JDT, Bergson pada minit ke-51 setelah berjaya memperdaya Pyung Guk dengan gelicikan liciknya. Kesilapan hantaran Pyung Guk dihukum oleh Arif Aiman pada minit ke-55 dengan jaringan bersahaja namun tambahan jaringan Bergson pada minit ke-59 dinafikan oleh VAR apabila pemain ini di dapati offside semasa menerima hantaran dari Juan Muniz.

Pohang mengejutkan anak buah Hector Bidoglio apabila pemanin gantian Hyeonje mudah menolak hantaran Yunsang pada minit ke-79 yang menewaskan Zubiaurre untuk kali yang kedua. Heberty menjadi pemusnah Pohang apabila mengambil kesempatan dari bola yang muntah dari dakapan Pyung Guk sekaligus mencetak nama selaku penjaring gol ke-3 JDT pada minit ke-91. Tambahan masa 11 minit oleh Adham Mohammad dari Jordan tampak seolah-olah memberi kelebihan untuk Pohang merapatkan jurang jaringan namun JDT berjaya memperoleh dua jaringan hasil dari masa tambahan tersebut. Jese Rodriguez terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke-96 setelah menerima tolakan dari Obregon dan kemudian Obregon menyudahkan sepakan penalti pada minit akhir masa tambahan setelah dia dijatuhkan di dalam kotak penalti.

JDT menanti Gwangju FC pada aksi timbal balik kalah mati peringkat 16 pasukan terbaik pada bulan Mac 2025 nanti.
#csnsportstalk #hagna #hagnacetak #aclelite #afc #astro #astroarena #rtm #unifi #malaysiaairlines #jdt #pohang #pohangsteelers
— CSNSPORTSTALK
Berita oleh: Najla Batrisyia | Gambar oleh: Hafiz Hassan/Fauzi Saim
