HELMI AZMAN MENANG DRAMA 0.003 SAAT!

MSBK600
Muhd Helmi Azman Takluk Sepang Dalam Pertarungan Epik Sehingga Garisan Penamat
Muhd Helmi Azman menghadiahkan aksi perlumbaan yang cukup mendebarkan apabila berjaya muncul juara Race 1 kategori MSBK600 sempena Pusingan 4 MAM Malaysia Superbike Championship 2026 di PETRONAS Sepang International Circuit.
Memulakan perlumbaan dari petak kedua, Helmi pada awalnya berada di belakang pelumba Thailand, Thanat Laoongplio yang mendominasi sebahagian besar perlumbaan.

Namun, Helmi terus memberikan tekanan dan mencatatkan masa terpantas perlumbaan 2’10.743s pada Lap 4 untuk merapatkan jurang dengan pendahulu.
Kemuncak perlumbaan berlaku pada pusingan terakhir apabila Helmi dan Thanat saling bertukar kedudukan dalam perebutan kemenangan.
Memasuki selekoh terakhir, Helmi berjaya mengambil peluang untuk memintas Thanat sebelum kedua-duanya memecut seiring menuju garisan penamat.

Dalam penamat yang cukup dramatik, Helmi berjaya meraih kemenangan dengan kelebihan hanya 0.003 saat!
Helmi menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 22’01.077s, manakala Thanat Laoongplio terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan 22’01.080s. Muhd Syarifuddin Azman melengkapkan podium di tempat ketiga.
Keputusan 5 Terbaik Race 1 MSBK600:
- Muhd Helmi Azman – 22’01.077s
- Thanat Laoongplio – 22’01.080s
- Muhd Syarifuddin Azman – 22’02.829s
- Kitsada Tanachot – 22’11.263s
- Ashraff Zaquan Bin Zainal Raif – 22’35.912s
photos by @anabihanphotalk