You are currently viewing Harimau Selatan Pesta Gol Di SSI

Harimau Selatan Pesta Gol Di SSI

  • Post author:
  • Post category:Football

Iskandar Puteri, 16 Ogos 2025: JDT menepati ramalan awal apabila mudah menewaskan pendatang baru Liga Amatur UM-Damansara United dalam aksi pertama Piala FA di sini malam tadi. JDT merehatkan beberapa pemain utama untuk aksi tadi. Namum begitu, anak buah Ridzuan Abu Shah mempamerkan aksi melawan dengan tidak mudah menyerah kalah.

Hariz Mansor menjadi pemain pertama di layangkan kad merah apabila dilayangkan kad kuning kedua setelah mengasari Alberto Diaz Martin pada minit ke-36. Gol pertama hanya hadir pada minit ke-43 apabila tolakan Shahrul Saad mudah disempurnakan oleh Jonathan da Silva.

Jonathan da Silva sekali lagi menempa nama selaku penjaring gol apabila hantaran lintang Enzo Lombardo ditanduk mudah menewaskan Ameerul Eqhwan pada minit ke-53. Rembatan Bergson di luar petak penalti berjaya di tepis oleh Ameerul Eqhwan pada minit ke-64. Joao Figueiredo gagal memanfaatkan peluang untuk menambah jaringan pada minit ke-65 hasil kesilapan pertahanan UM-Damansara United apabila bola hanya mengenai tiang kanan gol. Teto Martin menambah derita UM-Damansara United pada minit ke-77 apabila rembatan leret di luar petak penalti gagal diselamatkan oleh Ameerul Eqhwan.

Joao Figueiredo menambah jaringan pada minit akhir permainan hasil sepakan penalti setelah Antonio Glauder dijatuhkan di dalam kawasan petak penalti. Bermejo menutup pesta gol di SSI apabila hantaran Ignacio Fernadez berjaya disudahkan di masa tambahan permainan. Kedua-dua pasukan akan bertemu kembali dalam aksi timbal balik di SSI pada 12 September 2025.

— CSNSPORTSTALK

Berita oleh: Najla Batrisyia | Gambar oleh: Hafiz Hassan, Fauzi Saim, Fazli Ahmad