You are currently viewing Harimau Selatan Hampir Tersungkur Di Laman Sendiri

Harimau Selatan Hampir Tersungkur Di Laman Sendiri

  • Post author:
  • Post category:Football

Iskandar Puteri, 8 Ogos 2025: Rentak kemenangan mahu diteruskan oleh Johor Darul Ta’zim apabila melayani kunjungan Negeri Sembilan FC. Juara liga super 04/202 hampir-hampir dimalukan di laman sendiri apabila anak buah Nidzam Jamil mendahului 2 gol ke atas JDT. Joseph Esso mencipta jaringan pada minit ke-7 selepas melepasi perangkap off-site dan dengan mudah menewaskan Christian Abad. Jovan Motika pula mencetak nama selaku penjaring kedua perlawanan selepas sepakan percuma pantas dicapai dan menewaskan Christian Abad pada minit ke-11. Namun JDT cuba merapatkan jurang jaringan pada minit ke-37 apabilan sepakan sudut Arif Aiman berjaya ditanduk ke gawang Negeri Sembilan oleh Jon Irazabal. Joao Figueiredo menemui jaringan penyamaan pada minit ke-40 apabila melepasi perangkap off-site namun rembatan pertamanya gagal menerjah jaring namun tampanan Azri Ghani tepat hinggap di kaki Joao Figueiredo untuk rembatan menerjah jaring gawang Negeri Sembilan.

Sebaik separuh masa kedua bermula, JDT tidak menunggu lama untuk mendahului kedudukan pada minit ke-56 apabila Jon Irazabal menyudahkan hantaran silang Hector Hevel. Berselang 2 minit, Arif Aiman meletakkan JDT di hadapan apabila meledakkan gol setelah menerima hantaran daripada Jairo da Silva dari tengah padang. Negeri Sembilan cuba merapatkan jurang jaringan apabila Jovan Motika menjaringkan gol pada minit ke-59. Asakan demi asakan dan JDT dihadiahkan sepakan penalti apabila Arif Aiman di jatuhkan dalam kawasan petak penalti namun Jairo da Silva gagal menyempurnakan sepakan tersebut apabila sepakannya jauh melambung ke atas. Bergson menutup jaringan malam tadi dengan jaringan akrobatik setelah menerima hantaran dari Aribas.

JDT kini mengepalaikan liga super dengan 6 mata manakala Negeri Sembilan FC masih gagal mendapatkan sebarang mata.

— CSNSPORTSTALK

Berita oleh: Najla Batrisyia | Gambar oleh: Fazli Ahmad