AZROY KEMBALI MENGGEGAR SEPANG!

Azroy Hakeem Anuar Raih Kemenangan Bermakna Dalam Race 1 MSBK1000 A
Azroy Hakeem Anuar daripada HONDA RACING MALAYSIA mencuri tumpuan apabila berjaya meraih kemenangan dalam Race 1 kategori MSBK1000 A, sempena Pusingan 4 MAM Malaysia Superbike Championship 2026 di PETRONAS Sepang International Circuit.
Memulakan perlumbaan dari petak ketiga, Azroy mempamerkan tunggangan cemerlang apabila berjaya memintas Muhd Zaqhwan Zaidi pada Lap 2 untuk mengambil alih kedudukan pendahulu.

Azroy terus mengekalkan rentak perlumbaan yang konsisten dan mencatatkan masa terpantas perlumbaan 2’06.844s pada Lap 7.
Cabaran semakin getir apabila keadaan cuaca berubah dengan langit semakin gelap sehingga menjejaskan penglihatan para pelumba. Namun, Azroy berjaya mengawal keadaan dan menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan masa 21’17.681s.

Muhd Zaqhwan Zaidi menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala Mohammad Adenanta Putra melengkapkan podium di tempat ketiga.

Keputusan 5 Terbaik Race 1 MSBK1000 A:
- Azroy Hakeem Anuar – 21’17.681s
- Muhd Zaqhwan Zaidi – 21’19.007s
- Mohammad Adenanta Putra – 21’22.140s
- Adam Norrodin – 21’29.061s
- Kasma Daniel Kasmayudin – 21’36.968s
@photos by anabihanphotalk
⸻
ALVINDERJITSINGH CEMERLANG DENGAN BMW M1000RR BAHARU!

Dalam kategori MSBK1000 B, Alvinderjitsingh dari Malaysia membuktikan keupayaannya apabila berjaya menjuarai Race 1 menggunakan jentera BMW M1000RR baharu.
Bermula dari petak ketiga, Alvinderjit Singh menunjukkan peningkatan prestasi secara konsisten sebelum berjaya mengambil alih kedudukan pertama daripada He Junpeng pada Lap 4.

Walaupun hujan renyai mula turun sekitar litar pada Lap 6, beliau kekal tenang dan berjaya membina kelebihan masa sehingga 7.765 saat di hadapan pencabar terdekatnya.

Alvinderjitsingh akhirnya melintasi garisan penamat di tempat pertama dengan catatan masa 23’08.263s, diikuti He Junpeng di tempat kedua dan Sankaran Shamugam di tempat ketiga.
Keputusan 5 Terbaik Race 1 MSBK1000 B:
- Alvinderjitsingh – 23’08.263s
- He Junpeng – 23’15.488s
- Sankaran Shamugam – 23’17.101s
- Muhammad Syukri Mat Zoki – 23’21.727s
- Goh Cao Seong – 23’32.572s
photos by @anabihanphotalk