You are currently viewing SRI PAHANG HANCURKAN HARAPAN 22 TAHUN SKUAD SANG BADAK KE FINAL PIALA MALAYSIA 2025

SRI PAHANG HANCURKAN HARAPAN 22 TAHUN SKUAD SANG BADAK KE FINAL PIALA MALAYSIA 2025

  • Post author:
  • Post category:Football

TEMERLOH: SAH SRI PAHANG FC menempah slot Final Akhir Piala Malaysia 2024/2025. Penyandang juara 4 kali , Sri Pahang FC berjaya menamatkan penantian 11 tahun untuk menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia 2024/2025 dengan agregat 3-2 selepas menewaskan Sabah FC 2-1 pada aksi separuh akhir di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh di sini, malam tadi.

Jaringan yang di nantikan oleh semua penyokong pasukan Sri Pahang pada masa tambahan Kpah Sherman memberikan Sri Pahang kemenangan 2-1 pada aksi timbal balik untuk berdepan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada final di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 April 2025 nanti.

Adam Nor Azlin berjaya mengekang setiap serangan dari Skuad Sabah FC

Pada 18 Jan 2025 yang lepas pasukan Sri Pahang mengikat pasukan Sang Badak di Stadium Likas dengan jaringan 1-1 dan memberi kelegaan kepada Skuad Tok Gajah membawa 1 gol ke Stadium Majlis Perbandaran Temerloh.

Pada permulaan aksi semalam, Skuad Tok Gajah bermula dengan garang bertali arus  menyerang benteng pertahanan pasukan Skuad Sang Badak dan pada minit ke -15 Sherman cemas mengegarkan jaringan gol pada minit ke 15 perlawanan namun bola hanya melintasi gawang gol sabah. 

Pada separuh masa kedua setelah terikat 0-0 pada separuh  masa pertama Sri Pahang akhirnya memecahkan kebuntuan pada minit ke-72, apabila pemain pertahanan Sabah, Park Tae Su menanduk masuk hantaran Muhammad Baqiuddin Shamsuddin ke dalam gawang sendiri.

Pasukan Sri Pahang meraikan Gol pertama

Skuad sang badak tidak menunggu lama dengan  menyamakan kedudukan menerusi jaringan S. Kumaahran pada minit ke-77 untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan dengan keputusan agregat terikat 2-2 sehingga wisel penamat.

Penyerang berbisa Pahang  Sherman muncul wira buat Sri Pahang apabila mendapat hantaran yang cantik dari pemain gantian  Skuad Sri Pahang David William Rowley berjaya mencipta jaringan kemenangan menerusi rembatan kencangnya untuk menewaskan penjaga gol pelawat Damien Khai Lim pada minit ke-106.

Gol Kemenangan oleh Kpah Sherman

Dengan kehadiran seramai 8461 penyokong yang memenuhi setiap sudut Stadium Majlis Perbandaran Temerloh berjaya memberi semangat yang tak pernah luntur kepada skuad Tok Gajah. Ketua Jurulatih Skuad Sri Pahang  Fandi Ahmad sangat berpuas hati dengan kualiti permainan yang dipamerkan oleh anak anak buah beliau sepanjang perlawanan separuh akhir kedua.

Pasukan Sri pahang akan menentang pasukan juara bertahan JDT yang berjaya menewaskan pasukan Terengganu FC dengan jaringan 2-1 aggregat 6-1.

Sergio Aguero dihalang oleh pemain Sabah FC Daniel Sang Ting.

#csnsportstalk #hagna #hagnacetak #pialamalaysia #ligamalaysia #astro #astroarena #rtm #puma #unifi #aeonbig #tobaki #posmalaysia #malaysiaairlines #bubbles #zuscoffee #sripahangfc #sabahfc #alx #nike #footballmalaysia #malaysiafootballleague #IniLigaKita #DemiLigaKita

— CSNSPORTSTALK

Berita oleh: Nadiah Yacob| Gambar oleh: Khairulnizam Md Hairuddin