Iskandar Puteri, 1 Oktober 2024: Johor Darul Ta’zim berjaya menewaskan pendahulu Chinese Super League, Shanghai Shenhua FC dengan 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim dalam aksi kedua ACL Elite 2024. Kedua-dua pasukan cuba membalas asakan namun Arif Aiman menjadi pemusnah impian Shanghai Shenhua FC apabila berjaya memperdaya 3 pertahanan sebelum melepaskan rembatan ke gawang Shanghai Shenhua FC menewaskan Bao Yaxiong ketika permainan baru masuk minit ke-10.

Walaupun ada serangan balas dilakukan oleh Shanghai Shenhua FC namun berjaya dipintas oleh pertahanan JDT. Hasilnya, Obregon berjaya mencetak nama selaku penjaring gol apabila menyudahkan hantaran lintang Murilo pada minit ke-25 selepas jaringan Oscar Aribas pada minit ke-23 dibatalkan.

Juan Muniz mengesahkan 3 mata untuk JDT apabila sepakan percuma di luar petak penalti gagal ditepis keluar oleh Bao Yaxiong pada minit ke-79. JDT kini menghuni tangga kedua dibelakang Gwangju FC sebelum masing-masing akan bertemu di Sunhee Shin World Cup Stadium pada 22 Oktober 2024 dalam aksi ketiga ACL Elite.
– CSNSportstalk
Berita oleh: Najla Batrisyia | Gambar oleh: Hafiz Hassan
