Anthony Arthur Wira Kedah FA Tundukkan Perak FA

ALOR SETAR, 23 Nov – Kedah FA meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Perak FA dalam saingan Liga A1 Semi-Pro 2026/27 (Minggu ke-10) di Stadium Darul Aman.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi berhati-hati serta berbalas serangan pada awal permainan, dengan penjaga gol dipaksa bekerja keras menepis percubaan berbahaya.

Kebuntuan akhirnya terpecah menjelang penghujung babak pertama menerusi pemain import dari Ghana, Anthony Arthur, yang melepaskan rembatan dari sudut serta jarak sukar untuk menewaskan penjaga gol pelawat.

Pada babak kedua, Perak FA menggandakan asakan untuk mencari gol penyamaan, namun ketangkasan penjaga gol Norfahmi Zaki serta disiplin benteng pertahanan tuan rumah memastikan kelebihan satu gol kekal hingga wisel penamat.
#LigaA1SemiPro #KedahFA #PerakFA #HijauKuning #TheBosGaurus #BolaSepakMalaysia #csn #csnsportstalk #StadiumDarulAman
— CSNSPORTSTALK
Berita oleh: Hafiz Hassan | Gambar oleh: Aljufri