Selangor lega menang tipis

Kelana Jaya – Selangor FC mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Star City FC dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam. Gol dihasilkan oleh Hugo Boumous setelah mendapat umpanan cantik dari Kapten pasukan Chrigor Moraes pada minit ke-16 perlawanan. Gol itu menjadi satu-satunya gol tunggal yang berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan.

Dihujung babak sepatuh masa kedua, Selangor FC terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Chrigor Moraes dilayangkan kad merah pada minit ke-81, memaksa anak buah Kim Pan Gon bekerja keras mempertahankan kelebihan tersebut hingga wisel penamat.


Kejayaan Selangor FC ini merupakan kemenangan keenam berturut-turut buat mereka dalam saingan Liga Super, sekali gus menebus kekalahan tipis 2-3 kepada lawan sama dalam aksi Piala FA sebelum ini.

Selangor FC akan bertemu Kuching City selepas ini di tempat lawan untuk perlawanan separuh akhir kedua Piala FA pada Ahad.
Untuk rekod Selangor FC mendahului Kuching City dengan agregat 2-1.
Berita/Gambar : Ortega CSN