Skip to main content

Terikat 1-1 Di Kuching: Kuching City Kongsi Mata Bertemu Kitchee SC Di ACL Two

KUCHING, 15 Okt – Kuching City FC akur berkongsi satu mata selepas terikat seri 1-1 menentang kelab gergasi Hong Kong, Kitchee SC, dalam aksi saingan peringkat kumpulan AFC Champions League Two (ACLT) 2026/27 di Stadium State, Petra Jaya, malam tadi.

Turut memburu kemenangan sulung di pentas Asia, The Cats memulakan perlawanan dengan langkah kanan apabila memanfaatkan kesilapan komunikasi benteng pelawat seawal minit ke-2 permainan menerusi jaringan pembukaan di laman sendiri.

Namun, Kitchee SC yang sarat dengan pengalaman di pentas benua tidak patah semangat dan terus mengandakan asakan. Hasilnya, penyerang import berbahaya, Everton Camargo, berhasil meledak gol penyamaan menerusi rembatan deras kaki kiri pada minit ke-28 selepas melepasi kawalan ketat pertahanan tuan rumah.

Kedua-dua pasukan terus menampilkan corak perlawanan pantas dan berbalas serangan pada separuh masa kedua, namun ketumpulan penyudah serta keteguhan benteng pertahanan kedua-dua belah pihak menyaksikan keputusan 1-1 kekal hingga wisel penamat.

#ACLTwo #KuchingCityFC #KitcheeSC #TheCats #FootballMalaysia

— CSNSPORTSTALK

Berita oleh: Hafiz Hassan | Gambar oleh: Alhafizh Fauzi

    Comments are closed

    © 2024-2026 CSN Media. All rights reserved.