Skip to main content

Terengganu FC langkah kanan

Kuala Terengganu: Terengganu FC bermula dengan langkah kanan dengan menghadiahkan 3 mata kepada ribuan penyokong Penyu yang hadir ke perlawanan pertama musim ini apabila komitmen jitu dan kerja keras diterjemahkan dengan kemenangan bergaya 3-0 ke atas Melaka FC pada aksi sulung Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Di hadapan lebih 6,500 penonton yang membanjiri stadium, anak buah Nafuzi Zain tampil garang tanpa membuang masa untuk mengutip tiga mata penuh. Bintang import dari Curacao, Gervane Kastaneer, mencuri tumpuan apabila meledak dua jaringan, sebelum import terbaru mereka, Victor Ruiz, mengunci kemenangan menerusi rembatan deras yang memukau dari luar kotak penalti.

Jurulatih Nafuzi Zain berharap momentum positif dan sokongan padu ini dapat diteruskan apabila TFC melayani kunjungan Selangor FC di laman sendiri, Jumaat ini.

Antara aksi perlawanan Liga Super 2026 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin diantara pasukan tuan rumah Terengganu FC bertemu pasukan Melaka FC. Keputusan penuh Terengganu FC 3 – 0 Melaka FC.

#csnsportstalk#media#ligasuper#mfl#terengganufc#melakafc

    Comments are closed

    © 2024-2026 CSN Media. All rights reserved.