REKOD TANPA KALAH DUNIA MILIK JDT
Iskandar Puteri, 21 Ogos 2026: Johor Darul Ta’zim mencipta sejarah dunia apabila memecahkan rekod tanpa kalah setelah mencipta kemenangan ke-109 mengatasi Kuching City FC dalam aksi Piala Sumbangsih dan perlawanan pembukaan Liga Super Malaysia malam tadi. JDT mempertahankan trofi Piala Sultan Ahmad Shah yang dimenangi pada edisi lepas meletakkan JDT juara berturut-turut selama 9 tahun sejak tahun 2018.

JDT hampir mendapat gol awal pada minit ke-7 apabila keadaan kucar-kacir di depan gawang Kuching City FC gagal di manfaatkan oleh K Medina dan Oscar Aribas. Namun Marcos Guilherme tidak menunggu lama apabila hantaran 1-2 antara Guilherme dan Bergson berjaya mengegar jaring Kuching City pada minit ke-10 perlawanan. JDT hampir menambah jaringan pada masa tambahan separuh masa pertama setelah James Okwuosa melakukan kesilapan hantaran yang berjaya dipintas oleh Mendez namun Bergson gagal memanfaatkan kelebihan tersebut.

Kuching City FC hampir mendapatkan jaringan penyamaan pada minit ke-51 setelah Syihan Hazmi gagal menangkap kemas tendangan penjuru dan tandukan Ramadhan Saifulah hampir mengegar gawang JDT. Namun Oscar Aribas berjaya menewaskan Haziq Nadzli pada minit ke-54 dengan rembatan kencang dalam kawasan kotak penalti walaupun Haziq berjaya melakukan tepisan.

Peluang merapatkan jurang jaringan di gagalkan oleh tampanan Syihan Hazmi hasil rembatan Shamie Iszuan dan berjaya di keluarkan oleh K. Medina. Tandukan pemain gantian Jerome Etame hanya melintasi atas gawang JDT pada minit ke-66 dan tiga minit berselang Haziq Nadzli juga menafikan tandukan Antonio Glauder, Namun Zahedi Shahab meranapkan impian Kuching City FC apabila hantaran Arif Aiman berjaya menewaskan Haziq untuk kali yang ketiga pada minit ke-85.
— CSNSPORTSTALK
Berita oleh: Najla Batrisyia | Gambar oleh: Hafiz Hassan & Fazli Ahmad