Skip to main content

Final Malaysia Cup 2025-2026

Full Match Highlights

Final Malaysia Cup 2025-2026

FT : JDT [2] vs [0] Kuching City FC

Majlis penyerahan trofi berlangsung penuh meriah sejurus tamat perlawanan apabila para pemain JDT naik ke pentas untuk menerima pingat dan trofi kejuaraan Piala Malaysia. Sorakan penyokong memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil ketika kapten pasukan menjulang trofi, sekali gus meraikan kejayaan mempertahankan kejuaraan bersama rakan sepasukan serta barisan kejurulatihan.

Arif Aiman Hanapi tampil cemerlang dalam perlawanan akhir semalam dan berjaya dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan (MOTM). Selain mempamerkan aksi bertenaga sepanjang permainan, beliau turut menyumbang satu gol penting yang membantu JDT mengesahkan kemenangan dalam final Piala Malaysia.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau TMJ dilihat antara individu paling gembira meraikan kejayaan JDT selepas wisel penamat dibunyikan. Beliau turun padang bersama pemain dan pegawai pasukan untuk menyambut kemenangan penuh bermakna itu di Stadium Nasional Bukit Jalil. Suasana sambutan turut diserikan dengan sorakan penyokong Harimau Selatan yang hadir memberi sokongan sepanjang perlawanan.

Rumusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2025/26

Perlawanan akhir Piala Malaysia semalam menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi membuktikan keunggulan mereka apabila berjaya menewaskan Kuching City FC 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi bertenaga, terutama pada babak pertama yang berlangsung seimbang tanpa jaringan.

Memasuki separuh masa kedua, JDT mula menguasai rentak permainan dengan beberapa serangan berbahaya. Hasilnya, Marcos Guilherme berjaya memecah kebuntuan sebelum Arif Aiman Hanapi menambah gol kedua untuk mengesahkan kemenangan Harimau Selatan.

Kejayaan ini membolehkan JDT mempertahankan trofi Piala Malaysia dan terus melakar dominasi dalam bola sepak tempatan. Walaupun tewas, Kuching City tetap wajar diberikan pujian atas semangat juang tinggi serta pencapaian mereka mara ke pentas final buat pertama kali.

For more photo update: https://www.facebook.com/media/set/?vanity=CSNsportstalk&set=a.1495056375966265

jurugambar : Fazli Ahamad

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    © 2024-2026 CSN Media. All rights reserved.