
Gambar dan berita oleh Taufik Azri untuk CSN Media.

KUALA LUMPUR, 1 Julai 2025 – Barisan Olimpian dan jaguh dunia sukan negara disenarai pendek bagi merebut gelaran Atlet Terbaik dan Atlet Para Terbaik pada Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)–100PLUS 2024 yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini.

Senarai pencalonan diumumkan Presiden SAM, Norismadi Abd Manap, dalam sidang media yang diadakan semalam bersama wakil utama penaja, 100PLUS. Para pemenang bagi kedua-dua kategori utama akan membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta trofi sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan mereka mengharumkan nama negara sepanjang 2024.

Bagi kategori Atlet Para Terbaik, persaingan turut sengit dengan lima atlet para negara disenaraikan bagi merangkul trofi berprestij itu. Dalam masa sama, majlis berkenaan juga bakal mengiktiraf sumbangan wartawan sukan melalui enam kategori anugerah kewartawanan yang merangkumi Laporan Berita Terbaik (Media Cetak & Elektronik), Ulasan Berita Terbaik (Media Cetak & Elektronik), Laporan Khas Terbaik (Terbuka) dan Fotografi Sukan Terbaik. Pemenang keseluruhan dalam kategori kewartawanan pula akan menerima Anugerah Siebel dengan nilai hadiah wang tunai yang dinaikkan kepada RM10,000 berbanding RM7,000 sebelum ini.

Turut diumumkan semalam ialah peningkatan hadiah untuk Anugerah Pengulas Sukan Popular yang kini bernilai RM3,000, mencerminkan usaha berterusan SAM dalam mengiktiraf peranan media sukan sama ada cetak, elektronik mahupun digital. Menurut Norismadi, kerjasama kukuh dengan 100PLUS sejak 2003 menjadi pemangkin utama dalam penganjuran anugerah berprestij ini yang menghargai perjuangan atlet, wartawan dan tokoh sukan tanah air.

Anugerah SAM-100PLUS 2024 dijangka disempurnakan oleh Menteri Belia & Sukan, Hannah Yeoh, selain memberi penghormatan kepada individu dan persatuan yang berjaya menjulang nama negara di persada antarabangsa.

SENARAI ANUGERAH SAM 2024
Anugerah Tokoh Kepimpinan SAM
Anugerah Persatuan Dinamik
Atlet Muda Terbaik
Pengulas Popular SAM 2024
Laporan Berita Terbaik Media Cetak
Laporan Berita Terbaik Media Elektronik
Ulasan Sukan Terbaik Media Cetak
Ulasan Sukan Terbaik Media Elektronik
Fotografi Sukan Terbaik
Laporan Khas Terbaik
Anugerah Khas
Atlet Terbaik 2024
Atlet Para Terbaik 2024
Anugerah Siebel 2024
SENARAI ATLET TERBAIK SAM:
1995 – Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (badminton)
1996 – Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (badminton)
1997 – Nurul Huda Baharin (menembak)
1998 – Lim KengLiat (renang)
1999-2001 – TiadaAnugerah
2002 – Lim Keng Liat (renang) danS.Premila (karate-do)
2003 – Lim Keng Liat (renang)
2004 – Bryan Nikson Lomas (terjun)
2005 – Nicol Ann David (skuasy)
2006 – Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (badminton)
2007 – Wong Mew Choo (badminton)
2008 – Lee Chong Wei (badminton)
2009 – Mohd Azizul Hasni Awang (berbasikal)
2010 – Pandelela Rinong (terjun)
2011 – Nur Suryani Taibi (menembak)
2012 – Pandelela Rinong (terjun)
2013 – Sazali Samad (binabadan)
2014 – Nicol Ann David (skuasy)
2015 – Pandelela Rinong (terjun)
2016 – Lee Chong Wei (badminton)
2017 – Mohd Azizul Hasni Awang (berbasikal trek)
2018 – Muhammad Rafiq Ismail (tenpin boling
2019 – Mohd Azizul Hasni Awang (berbasikal trek)
2020/2021 – Datuk Mohd Azizul Hasni Awang (berbasikal trek)
2022 – Datuk Mohd Syarul Azman (bina badan)
2023 – Nur Ain Nabilah Tarmizi – Aleena Ahmad Nawawi (boling padang)
ATLET PARALIMPIK TERBAIK SAM:
2016 – Mohd Ridzuan Mohd Puzi (olahraga)
2017 – Muhd Ziyad Zolkefli (olahraga)
2018 – Mohd Ridzuan Mohd Puzi (olahraga)
2019 – Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting)
2020/2021 – Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting)
2022 – Cheah Liek Hou (badminton para)
2023 – Cheah Liek Hou (badminton para)
🏆🇲🇾🔥 #SAM100PLUS2024 #AnugerahSukan #ParaPower #BanggaMalaysia #MediaSukan #SukanUntukSemua #TerbaikMalaysia
—CSN MEDIA—
